Kisah berkat di sebalik membaca 'Bismillah'

Thursday 29 December 2011

Bismillah = Dengan Nama Allah
Ar-Rahman = Yang Maha Pengasih
Ar-Rahiim = Yang Maha Penyayang

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca 'Bismillah' setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak melakukan sesuatu. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa mengejek isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, BIsmillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa, sebaliknya dia berdoa kepada Allah SWT supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata, "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit tersebut dan menyimpannya di tempat yang selamat, namun suaminya melihat di mana isterinya menyembunyikan duit tersebut.

Kemudian, dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit itu ke dalam perigi di belakang rumah mereka.

Setelah beberapa hari, suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku beri pada engkau tempoh hari untuk disimpan."

Isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminyi. Dengan berhati-hati dia menghampiri tempat tersebut dan membuka tempat tersebut sambil membaca, "Bismillahirahmanirahiim." Ketika itu Allah SWT menghantar malaikat Jibrail AS untuk mengembalikan beg duit itu di tempat asalnya. Kemudian, si isteri menyerahkan wang tersebut beg tersebut pada suaminya.

Alangkah terperanjat suaminya. Dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada si isteri. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah SWT, dan dia juga membaca 'Bismillah' apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

0 comments:

Asmaul Husna

Labels

Time is Gold

Sehari Sepotong Ayat

"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang beriman supaya kamu berjaya"

(Surah an-Nur, ayat 31)