Kisah berkat di sebalik membaca 'Bismillah'

Thursday 29 December 2011

Bismillah = Dengan Nama Allah
Ar-Rahman = Yang Maha Pengasih
Ar-Rahiim = Yang Maha Penyayang

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca 'Bismillah' setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak melakukan sesuatu. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa mengejek isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, BIsmillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa, sebaliknya dia berdoa kepada Allah SWT supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata, "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit tersebut dan menyimpannya di tempat yang selamat, namun suaminya melihat di mana isterinya menyembunyikan duit tersebut.

Kemudian, dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit itu ke dalam perigi di belakang rumah mereka.

Setelah beberapa hari, suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku beri pada engkau tempoh hari untuk disimpan."

Isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminyi. Dengan berhati-hati dia menghampiri tempat tersebut dan membuka tempat tersebut sambil membaca, "Bismillahirahmanirahiim." Ketika itu Allah SWT menghantar malaikat Jibrail AS untuk mengembalikan beg duit itu di tempat asalnya. Kemudian, si isteri menyerahkan wang tersebut beg tersebut pada suaminya.

Alangkah terperanjat suaminya. Dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada si isteri. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah SWT, dan dia juga membaca 'Bismillah' apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Al-Quran, syafaat tertinggi

Tuesday 27 December 2011


Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun.Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat."

"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacitalagi"

Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga.

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita.

Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri.

Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.

Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberisyafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

Allahu 'Alam...

Asmaul Husna

Labels

Time is Gold

Sehari Sepotong Ayat

"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang beriman supaya kamu berjaya"

(Surah an-Nur, ayat 31)